Baru-baru ini, tiga angkasawan China, Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo, berlepas ke angkasa lepas pada Jumaat lalu dan memulakan kehidupan di modul teras Tianhe selama tiga bulan.
Mereka juga antara penghuni kumpulan pertama stesen angkasa lepas bagi modul teras Tianhe tersebut.
Modul teras Tianhe yang digunapakai itu berkeluasan 150 meter padu dan mempunyai beberapa zon berasingan bagi memudahkan angkasawan melakukan tugasan dan menjalani kehidupan biasa.
Malah, tiga zon tempat tidur disediakan untuk memudahkan mereka, memberi keselesaan dan privasi.
Namun, mereka masih mengekalkan cara kehidupan biasa yang diamalkan di Bumi biarpun hidup di ruang angkasa.
Para angkasawan juga turut melakukan pergerakan senaman sekurang-kurangnya dua jam sehari menggunakan alat-alat senaman yang dilengkapi di modul berkenaan.
Mereka juga dibekalkan lebih 120 jenis sajian makanan antaranya ayam Kung Pao bagi mengubati kerinduan masakan tradisi.
Tambahnya, modul teras berkenaan menyediakan peralatan seperti meja lipat, peti sejuk dan perkakas dapur bagi memudahkan kehidupan harian mereka di angkasa lepas.
Menariknya, kemudahan Wi-Fi sudah tersedia di dalam modul tersebut bagi membolehkan anak kapal menghubungi pusat kawalan serta anggota keluarga untuk mengubati rindu.
Sumber: Awani / Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.