Beberapa hari lalu, timbul pelbagai persoalan apabila muncul timbunan sisa kayu yang tersandai di Sungai Terengganu berhampiran Empangan Kenyir berikutan banjir besar melanda daerah Hulu Terengganu pada Ahad lalu.
Menurut Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani memaklumkan siasatan mendapati punca berlakunya sisa kayu itu terjatuh dari kawasan hutan berhampiran disebabkan oleh pergerakan tanah.
“Ia telah menyebabkan kejadian aliran puing yang membawa pokok-pokok, sampah-sarap dan sisa kayu mati ke dalam sungai.
“Senario sama pernah berlaku di Bentong, Pahang sewaktu kejadian banjir pada akhir tahun lalu,” katanya.
Malah, tiada sebarang aktiviti pembalakan haram di kawasan sekitar Empangan Kenyir dilaporkan ketika siasatan dijalankan.
Tambahnya, perkara tersebut diakui pengurusan Tenaga Nasional Berhad ketika sesi taklimat banjir dan tanah runtuh kelmarin.
“Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan negeri akan melakukan semakan lanjut dengan melakukan penandaan di kawasan terlibat dengan tanah runtuh berkenaan.
“Kita juga akan membuat pelan pemetaan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.