Selang sehari selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan ada satu zon hijau COVID-19 di Semenanjung iaitu di Cameron Highland, kini tiada lagi zon bebas COVID-19 di 12 negeri ini.
Setakat 19 Januari jam 12 tengah hari, tiada lagi kawasan zon hijau di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan jumlah kes baharu jangkitan tertinggi dicatatkan di Selangor (13,336), diikuti Johor (5,820) dan KL/Putrajaya (4,449) bagi pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 di Semenanjung.
Perlis yang sebelum ini berada dalam zon jingga, telah bertukar kepada zon merah selepas turut mencatatkan peningkatan kes baharu.
Kes jangkitan baru di Sabah dan Sarawak juga terus meningkat berdasarkan pergerakan 14 hari taburan COVID-19, seperti yang dilaporkan KKM.
Bagi mengawal jangkitan ini daripada terus merebak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara, kecuali bagi negeri Sarawak, seperti perincian berikut:
1. Telah bermula 13 Jan - 26 Jan 2021
- Selangor, seluruh Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.
2. Telah bermula 16 Jan - 26 Jan 2021
-Seluruh Kelantan
3. Telah bermula 16 Jan - 29 Jan 2021
-Daerah Sibu, Selangau dan Kanowit (Sarawak)
4. Akan bermula 22 Jan - 4 Feb 2021
- Perlis, Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.