Bermula semalam, 1 Jun 2018, tiada lagi kutipan tol dilakukan di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
“Dengan penutupan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari. Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata kenyataan berkenaan.
Bagi mereka yang mahu mengetahui berapa kadar tol terbaru boleh lihat di laman web www.plus.com.my atau muat turun aplikasi PLUS Mobile App.
Sumber: The Vocket
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.