Setiap tahun, dari 13 hingga 15 April, Thailand akan menganjurkan festival yang terkenal diseluruh dunia iaitu festival Songkran.
Songkran melibatkan aktiviti dan keseronokkan bermain air yang menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Cuma tahun ini mungkin sedikit berbeza kerana Thailand tidak lagi menganjurkan festival Songkran secara besar-besaran, dan ia hanya disambut pada skala yang kecil dan tiada penganjuran secara rasmi.
Ia adalah berikutan dengan persiapan pertabalan raja baru Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn yanh diadakan pada 4 hingga 6 Mei ini.
"Pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk istiadat pertabalan itu dan kami kita terletak di tengah-tengah kawasan utama di Bangkok. Jika kami meneruskan festival itu, ia akan menimbulkan kekecohan,
"Para pelancong dan warga tempatan bagaimanapun masih boleh menyambut Songkran secara kecil-kecilan di kawasan itu, namun peniaga-peniaga tempatan tidak akan menganjurkan sebarang acara besar.” ujar Pengerusi Persatuan Peniaga Khaosan Road, Piyabutr Jiwaramonaikun.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.