Aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF Sabtu ini bakal menemukan pasukan negara dengan pasukan Thailand di Stadium Bukit Jalil.
Disebalik aksi yang amat dinantikan ini dihadapan lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya, jurulatih pasukan Thailand, Milovan Rajevac berkata, suasana hangat di stadium itu nanti tidak membimbangkan para pemainnya.
“Ia tidak langsung menimbulkan kebimbangan kerana pemain profesional perlu mampu mempamerkan prestasi baik tidak kira sama ada mereka bermain di hadapan 100,000 orang atau sekadar beberapa ratus orang sahaja. Kami perlu melalui dua perlawanan dan sekiranya kami membuat persiapan dengan baik dan bermain seperti dirancang, kami tidak akan menghadapi sebarang masalah,” katanya pada Bernama.
Salah seorang pemain Thailand, Supachai Chaided, 19, berkata, keadaan bising dalam Stadium Bukit Jalil juga tidak merisaukannya.
“Saya tidak rasa gementar kerananya. Kami pernah bemain di Malaysia. Kami tahu mereka ada ramai peminat apabila kami bertandang ke sana dan penyokong tempatan tentu akan memberi sokongan kepada pasukan mereka. Kami hanya beri fokus kepada permainan kami dan tidak perlu berasa wujudnya tekanan tambahan berikutan sorakan bergemuruh oleh penonton tempatan,”
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.