Beberapa minggu lalu, negara Singapura memaklumkan kemunculan varian baharu COVID-19 dinegara berkenaan, dimana virus jenis ini lebih mudah untuk dijangkiti.
Dikenali sebagai B117, varian baharu COVID-19 itu kini juga telah dikesan di Thailand dalam kalangan ahli keluarga empat beranak yang tiba ke negara itu dari United Kingdom (UK).
Menurut Ketua Pusat Virologi Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Dr Yong Pooworavan berkata varian virus jenis itu pertama kali dikesan di UK dan lebih mudah dijangkiti serta dipindahkan.
Keluarga berkenaan yang melakukan perjalanan dari Kent, England kini sedang menjalani kuarantin wajib di sebuah hospital swasta di Thailand.
"Orang ramai tidak perlu bimbang tentang strain B117 kerana pihak berkuasa kesihatan awam sedang melaksanakan semua langkah berjaya-jaga yang diperlukan bagi memastikan ia tidak menular.
"Mereka (keluarga itu) kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta. Mereka akan didiscaj dari hospital apabila selesai menerima rawatan... Tiada risiko jangkitan varian itu di Thailand," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Menerusi infografik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat mutasi pada protein pepaku pada B.1.1.7 ini yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel. Maka ia menjadikan varian jenis ini lebih mudah merebak dan lebih tinggi beban virus.
Meskipun varian COVID-19 ini dapat mengurangkan pengesanan virus dalam ujian PCR, sehingga kini ia tidak pula menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada.
Sehingga kini, variasi COVID-19 ini masih belum dikesan di Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) akan menjalankan ujian bagi mengesan virus ini dari semasa ke semasa.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.