Buah durian memang dilarang dibawa masuk ke mana-mana pengangkutan awam sekalipun. Bukan kerana durinya, tetapi kerana baunya yang sangat sensitif dan terlalu menusuk hidung.
Kali ini, Thailand merancang untuk menghantar buah durian ke orbit untuk menguji ketahanan buah tersebut. Bukan itu sahaja, malah ia juga dibawa ke orbit untuk menyaksikan bagaimana buah durian dinikmati tanpa tarikan graviti.
“Kami mahu angkasawan boleh menikmati makanan Thailand, pada masa depan. Kami mahu melihat perubahan fizikal terhadap buah ini apabila ia kembali ke Bumi.
“Mungkin ia akan berubah menjadi lebih kecil atau merekah,” kata jurucakap Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik (GISTDA) Thailand.
Buah durian tersebut akan dikeringkan dan ditutup dengan vakum untuk mengurangkan baunya.
Sumber: BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.