Bermain dilaman sendiri, pasukan Liverpool gagal mencatatkan kemenangan selepas tewas 0-1 keatas Burnley dalam satu perlawanan awal pagi tadi.
Gol tunggal perlawanan dihasilkan oleh Ashley Barnes pada minit ke-83 menerusi sepakan penalti, sekaligus menewaskan pasukan bimbingan Jürgen Kloop yang kini berada ditangga ke-4 liga.
Tidak mencatatkan sebarang kemenangan dengan dua kali kekalahan pada lima perlawanan terakhir, Kloop bagaimanapun akur dengan keputusan dan mengakui ia adalah kesilapannya sendiri.
“Tidak cool untuk menyebutnya sekarang tetapi kami memenangi permainan dengan penguasaan padang yang lebih keatas Burnley.
“Malam ini kami tidak menang kerana kami tidak menjaringkan gol dalam situasi tersebut. Ketika saya melihat permainan ini sekarang dan ketika saya memikirkannya, bagaimana mungkin kita boleh hilang peluang kemenangan itu?
“Tetapi kita sudahpun kehilangannya. Itu salah kami, dan itu bermaksud, kesalahan saya,” ujarnya dalam satu temubual selepas tamat perlawanan pagi tadi.
Kloop bagaimanapun yakin anak buahnya akan mempamerkan perlawanan yang hebat pada permainan seterusnya.
Pada awal pagi Isnin, 25 Januari, Liverpool akan bertemu seteru utamanya, Manchester United dalam saingan FA Cup di stadium Old Trafford.
Sumber: Liverpool FC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.