Pasangan pengantin baru pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang gah untuk hari bersejarah mereka dan bagi meraikan ikatan cinta antara dua jiwa menjadi satu.
Lain pula kisahnya apabila seorang tetamu menyedari tuan rumah terpaksa memotong bajet untuk menjimatkan kos majlis perkahwinan pasangan ini.
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisahnya hadir ke majlis perkahwinan di sebuah tempat yang mewah dan prestij.
Wanita itu terkejut apabila dia dan sembilan tetamu lain diarahkan untuk mencuci pinggan kotor apabila pengantin gagal membayar pekerja melakukan tugas itu.
“Pengantin lelaki dan pengantin perempuan banyak menggunakan wang mereka untuk lokasi majlis dan gaun pengantin, jadi mereka memutuskan untuk cari tukang cuci sendiri,” katanya.
Situasi itu berlarutan apabila mereka gagal menyediakan makanan secukupnya untuk para tetamu yang hadir.
Khabarnya, pasangan pengantin itu telah berpisah tiga tahun selepas perkahwinan mereka.
Sumber: Mirror
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.