Sebuah universiti di Belanda menawarkan sesi terapi meditasi kubur bagi mengurangkan tekanan pelajar menghadapi peperiksaan.
Walaupun kaedah ini unik dan pelik, ia ternyata cukup popular dan membuatkan ramai pelajar mahu mencubanya.
Menurut salah seorang pelajar di universiti terbabit, Sean Mclaughlin berkata, dia dan rakan serumah akan mencuba terapi berkenaan sebaik sahaja mengetahui akan kewujudannya.
"Saya sudah pergi minggu lalu dan kami lihat ramai yang datang untuk mencuba dan siap menunggu giliran.
"Kami akan berbuat demikian pada masa akan datang untuk merasai pengalaman berada di dalam kubur," katanya kepada Mirror.
Terapi kubur yang dikenali sebagai 'Momento Mori' di universiti berkenaan telah menjadi popular selepas ia didedahkan oleh seorang alumni universiti yang terletak di bandar Nijmegen, Belanda itu.
Kubur yang digali dilengkapi tikar dan selimut bagi memastikan pelajar selesa, dan penghuninya boleh memilih untuk berada dalam kubur selama 3 jam atau kurang dari 30 minit.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.