Jika kita familiar dengan cerita lagenda Pinocchio, hidung pencerita akan semakin meninggi apabila kita menipu.
Namun, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Sepanyol menunjukkan hidung akan semakin mengecil apabila kita cuba menipu, juga dikenali sebagai reverse pinocchio.
Dr Emilio Gómez Milán dan pasukannya daripada Universiti of Granada mendedahkan, suhu hujung hidung akan menurun kepada purata 1.2 darjah Celcius setiap kali seseorang itu menipu, menyebabkan saiz hidung akan sedikit mengecil daripada saiz sebenar dan ia perubahan ini amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar.
Selain itu, suhu di dahi dan degupan jantung akan meningkat apabila seseorang itu cuba untuk menipu.
Penyelidik berkenaan menggunakan teknologi terma keatas 60 orang pelajar dengan pelbagai aktiviti diuji keatas mereka.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.