Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu bagi memantau Perintah Kawalan Pergerakan.
![tentera akan guna dron untuk pantau perintah kawalan pergerakan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/mac-2020/36a_aug2017_option1dji_live.jpg)
Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, tentera sudah mempunyai teknologi tersebut namun jumlahnya perlu ditambah.
"Kami akan gunakan teknologi dron dan UAV. Perkara ini telah saya bincangkan dengan industri tempatan. ATM sudah ada (teknologi itu) tetapi jumlah perlu ditambah.
"Menerusi penggunaan teknologi, ia akan menambah baik (dari sudut) pemantauan. Kemungkinan (penggunaan dron dan UAV) dalam sehari dua ini, boleh kami gunakan.
"Kami sedaya upaya melihat bagaimana mahu menambah baik tugas kami ini supaya lebih efektif. Jadi saya ingin nyatakan jika perlu untuk menambah anggota (ATM), kami bersedia untuk melaksanakannya.
"Perkara ini akan dikaji dan dilihat setiap hari (jika ada keperluan meningkatkan anggota ATM). ATM komited dalam melakukan tugas bagi mencapai objektif," katanya seperti dipetik dari Awani.
![masih ada yang degil, dah nasihat taknak dengar, tentera juga akan ditempatkan di pasar raya](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/april-2020/9156f5426e35b403afdea86b0b782a4d.jpg)
Setakat ini, sudah 7,500 anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang iaitu darat, udara dan air digerakkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diseluruh negara.
Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.