Seorang petani di Nikolskoye, Rusia telah menemui sebuah kubur berusia 2000 tahun yang mengandungi tengkorak ketawa.
Rustam Modayev pada mulanya menyangka beliau menemui peti harta karun selepas cangkulnya terkena sebuah periuk gangsa. Beliau kemudiannya membawa penemuan itu ke Muzium Sejarah Wilayah Astkarkhan.
Menurut penyelidik saintifik muzim berkenaan, mereka menemui satu kubur diraja, dimana tapak penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan golongan bangsawan mereka.
“Kami menemui satu kubur diraja, salah satu tapak di mana penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan bangsawan mereka,” katanya.
Selain itu, mereka turut menemui beberapa rangka manusia termasuk rangka ketua puak, tengkorak lelaki muda yang berbentuk seperti telur ayam, selain sejumlah harta dan senjata yang diperbuat daripada perak dan emas.
Rangka ketua puak itu dipakaikan pakaian bertatahkan emas dan diletakkan dalam keranda kayu, manakala rangka wanita berada dekat dengan cermin yang diperbuat daripada perak.
Rangka berkenaan kelihatan seakan-akan sedang tersenyum. :)
Sumber: The Sun UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.