Mulai 1 Ogos, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Namun, masih ramai yang seakan keliru dengan peraturan baharu ini, khasnya apabila ia melibatkan aktiviti-aktiviti tertentu seperti berkelah, berenang, ataupun ketika sedang memandu dalam kenderaan persendirian.
Menurut Majlis Keselamatan Negara dalam satu hantarannya di Facebook, terdapat 14 tempat-tempat yang diwajibkan untuk memakai pelitup muka dan hidung iaitu:
- Masjid / Surau
- Rumah ibadat bukan Islam
- Majlis sosial seperti kenduri kahwin.
- Pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta api, dll.
- Zoo
- Bas atau van sekolah dan kilang.
- Sukan rekreasi (WAJIB semasa dikawasan premis, venue atau tempat awam seperti taman, dan apabila TIDAK melakukan aktiviti sukan).
- Premis kesihatan seperti klinik dan hospital.
- Pasar-pasar awam dan tani.
- Pawagam dan acara langsung (live event)
- Ketika berada di sektor peruncitan seperti dobi, stesen minyak, bengkel, pasaraya, dan kompleks membeli belah.
- Gunting rambut dan salun-salun kecantikan.
- SPA, pusat kecantikan dan refleksologi
- Pusat hiburan keluarga seperti pusat karaoke dll.
Orang ramai diwajibkan untuk mengenakan topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam dan sesak, serta ruang yang memerlukan anda bercampir dengan orang ramai.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Sumber: MKN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.