Sebut sahaja keju, pasti ramai yang membayangkan beberapa makanan yang diinovasikan dengan keju seperti piza keju, megi keju, kek keju dan juga nasi lemak keju.
Makanan berasaskan keju mungkin agak biasa, tetapi kini di Beijing, mereka mula memperkenalkan teh berperisa keju.
Menerusi syarikat HEYTEA, ciptaan minuman teh keju dihidangkan kepada pelanggan mereka sebagai salah satu inovasi yang moden dan mensasarkan pelanggan muda.
Menariknya, pelanggan terpaksa menunggu sehingga dua jam sebelum dapat menikmati rasa teh keju ini.
So ada yang sanggup nak rasa teh keju?
Sumber: Great Big Story
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.