Seekor rusa besar di kawasan berbukit di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) dilihat berkeliaran dengan satu tayar tersangkut di leher selama dua tahun akhirnya berjaya ditanggalkan.
Rusa jantan berusia hampir lima tahun itu ditembak dengan ubat pelali ketika dikesan berada di Pine Junction, barat daya Denver untuk tujuan memudahkan kerja-kerja pemotongan tanduk rusa tersebut.
Kakitangan-kakitangan Hidupan Liar dan Taman-Taman negeri itu memotong tanduk haiwan berkenaan untuk mengeluarkan tayar yang tersangkut itu.
Haiwan itu dikesan membawa tayar tersebut ketika satu kajian tentang kambing yang hidup di kawasan berkenaan dilakukan pada tahun 2019.
Malah, kesan kecederaan pada sekitar leher haiwan tersebut jelas kelihatan dan bulunya juga semakin menipis akibat terlalu lama membawa tayar itu.
Rusa seberat 270 kilogram itu direkodkan beberapa kali berjalan di antara Park County dan Jefferson County.
Sumber: Independent UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.