Dion Das Louis seorang penari cilik berasal daripada Sarawak bakal mewakili Malaysia membawa Tarian Ngajat di Amerika Syarikat. Dion yang berusia lapan tahun telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia 2024 yang bakal diadakan di Panggung Bandaraya di Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu (27 jan).
Dion memenangi tempat pertama sekaligus mengalahkan lima peserta lain dengan persembahan tarian kontemporari Ngajat yang bertemakan ‘Burung Sarawak Kecil’ diilhamkan dari burung pipit dan enggang.
Sebagai juara, Dion memenangi pingat emas dan biasiswa RM3,000.
Beliau juga dipilih mewakili Malaysia ke KeJohanan Seni Persembahan Sedunia 2024 yang
akan diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat dari 28 Jun hingga 6 Julai ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.