Jika di Negeri Sembilan kita mempunyai hotel yang membentuk bunga raya terbesar atas air, Beijing China akan mempunyai tapak sulaiman.
Sempena ulang tahun ke-70 penubuhan negara itu, China akan membuka lapangan terbang gergasi yang menyerupai tapak sulaiman pada 30 September depan, dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing China.
Lapangan terbang yang mempunyai saiz 700,000 meter persegi, atau bersamaan 100 padang bola sepak ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2025, dengan 4 landasan dan 72 juta penumpang setiap tahun.
Bangunan yang direka arkitek Anglo-Iraq, Zaha Hadid itu mempunyai rekaan dalamannya menonjol dengan garis aliran melengkung. Kos pembinaannya pula mencecah RM72.3 billion.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.