Sebuah perkampungan di Filipina telah menukarkan nyamuk dengan beras percuma, bertujuan bagi menentang pembiakkan nyamuk.
Program yang dijalankan di Alion, daerah Bataan ini memerlukan seseorang untuk menyerahkan 200 ekor nyamuk mati dengan sekilo beras percuma.
Marcialito Al Balan, penghulu kampung yang juga mengilhamkan idea ini berkata, penduduk perlu menangkap nyamuk dikawasan rumah mereka dengan menggunakan minyak masak. Ia sekali gus dapat mengurangkan pembiakkan virus denggi diperkampungan tersebut.
Tambah Balan lagi, teknik menangkap nyamuk menggunakan minyak masak adalah cara berkesan dimana seseorang perlu menggerakkan pinggan atau besen yang berisi minyak masak ke kiri dan kekanan.
Salah seorang penduduk disana, Marilyn Podol telah berjaya menuntut beras secara percuma dan akan terus memburu nyamuk sehingga semuanya mati.
Sumber: Gulf News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.