Seorang lelaki mengambil inisiatif untuk menyediakan dan membina sendiri kemudahan tandas awam ‘kayangan’ di sebuah stesen minyak miliknya di Melor, Kelantan.
Datuk Dr Ahmad Omar memang mempunyai niat untuk menghias sendiri tandasnya untuk kegunaan orang ramai untuk pengguna tidak kekok ketika menggunakannya.
Malah, beliau memilih konsep moden bagi mengubahsuai tandas itu dan ia dilengkapi penghawa dingin, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.
“Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.
“Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna,” katanya.
Tambahnya, beliau menghabiskan lebih RM10,000 untuk merealisasikan impiannya membina tandas berkenaan.
Namun, Ahmad tidak terlepas dengan kecaman orang ramai dengan tindakannya membina tandas awam sebegitu rupa tetapi ia tidak mematahkan semangatnyauntuk membuat amal kebajikan dengan masyarakat.
“Sebanyak 35 jenis barangan saya masukkan ke dalam tandas ini dan salah satunya televisyen serta pemanas air untuk membancuh kopi,” ujarnya lagi.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.