Atas faktor keselamatan, beberapa syarikat di Amerika Syarikat mula menanam cip mikro ke dalam badan pekerja mereka.
Idea asal sejak 2015 di Sweden oleh syarikat Biohax, cip mikro ini berfungsi juga sebagai pengganti kad ID. Pengasas syarikat Biohax, Jowan Österlund berkata, langkah menanam cip mikro berkenaan juga telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Cip yang mempunyai saiz sebesar butir beras itu ditanam dibawah kulit diantara jari ibu dengan jari telunjuk, akan membolehkan pekerja akses pintu pejabat yang bertindak sebagai kad ID, disamping ia juga menyimpan data kesihatan dan maklumat peribadi pekerja sekiranya seseorang itu mengalami kemalangan.
Sumber: Daily Telegraph
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.