Gelagat bekas beregu badminton negara dan nombor satu dunia 2007, Tan Boon Heong mencuit hati warganet apabila dilihat bersahaja memberikan komen ketika menjadi tetamu di program Astro Arena.
Boon Heong tenang memberikan ulasan rentak permainan Lee Zii Jia yang berjaya menewaskan pemain badminton Perancis, Brice Leverdez dalam saingan terakhir Kumpulan M.
Aksi perlawanan yang dipamerkan juara All England 2021 cukup memberangsangkan dan Boon Heong memuji teknik yang digunaka Zii Jia dalam perlawanan pada Rabu.
Beliau juga memberikan pesanan dan ungkapan dalam bahasa Kantonis kepada pemain itu agar tidak cemas dan takut ketika menentang lawan di temasya Olimpik Tokyo 2020.
“Jangan kancheong (cemas atau takut) relaks jer, lawan France jer pun boleh punya,” katanya.
Rata-rata warganet geli hati apabila Boon Heong dengan cara bersahaja bercakap sebegitu ketika siaran langsung dan beliau mendapat perhatian di laman media sosial supaya kekal sebagai tetamu di masa datang.
“Best lah tengok Boon Heong bagi komen, santai sahaja,” komen salah seorang warganet.
“Memang legend lah, Boon Heong ini, jujur dan kelakar. Tolong kekal di Astro Arena,” kata pengguna Twitter.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.