Pendedahan kajian terbaru mengenai penambahan waktu tidur selama satu jam setiap malam boleh membantu menyingkirkan 270 kalori setiap hari, bersamaan dengan tiga biskut coklat.
Malah, ia boleh mengakibatkan penurunan berat badan sebanyak 26 paun (kira-kira 11 kg) selama tiga tahun.
Menurut sepasukan saintis dari Universiti Chicago, pihaknya memulakan penyelidikan untuk mengenal pasti kaitan antara tidur dan pengambilan kalori dalam kalangan 80 individu yang mempunyai berat badan berlebihan berumur 21 hingga 40 tahun.
Kajian terbitan dalam jurnal JAMA Internal Medicine menunjukkan para peserta menerima beberapa petua berguna untuk mendapat tidur yang lena setiap malam.
Ia termasuk memalapkan lampu dan tidak melihat telefon bimbit atau komputer riba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur.
Tambahnya, penurunan berat badan yang signifikan secara klinikal dari masa ke masa akan berlaku jika tabiat tidur yang sihat dikekalkan dalam tempoh lebih lama.
Malah, kajian itu sengaja mengelak dari mengenakan diet ketat atau menetapkan gaya hidup tertentu ke atas peserta kerana saintis “hanya mahu memanipulasi tidur” dan peserta “boleh makan apa sahaja yang mereka mahu”.
“Kami hanya melatih setiap individu tentang menjaga waktu tidur yang baik, dan memberikan nasihat yang disesuaikan dengan perubahan yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti tidur mereka,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.