Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pengunjung Didakwa Bersesak Di Taman Tema, Polis Dapati Tidak Langgar SOP PPN

Taman tema viral pengunjung sesak tak langgar SOP.
Muhammad Izwan Zainal
15 Nov 2021, 03:53 PM

Sebuah taman tema di Subang Jaya, Selangor didapati tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan sebuah video yang tular di taman air berombak tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, hasil siasatan pihak polis mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.

pengunjung didakwa bersesak di taman tema, polis dapati tidak langgar sop ppn

Namun, bagi menepati SOP MKN Fasa 4 PPN hanya 5,000 orang dibenarkan dalam satu-satu masa.

“Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP," katanya.

Malah, pihak polis menasihati pengurusan untuk membenarkan hanya 1,000 orang dan ke bawah di taman air berombak taman tema air berkenaan dalam satu-satu masa.

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa,” katanya.

pengunjung didakwa bersesak di taman tema, polis dapati tidak langgar sop ppn

Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan melaksanakan ketetapan itu.

“Pihak mereka turut memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan.

“Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon juga akan sentiasa memastikan supaya semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon pada Rabu lalu.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}