Akibat merasa bimbang diri dan keluarga dijangkiti COVID-19, seorang lelaki dari Desa Ajibarang Wetan, Jawa Tengah bertindak memagar rumahnya dengan zink.
Sabar Suharno, 46, bertindak memagar rumahnya dengan zink selepas menyedari peningkatan kes wabak itu setiap hari hingga menyebabkan beliau merasa takut.
Meskipun tindakannya memagar rumah dengan zink ini dipandang sinis jiran tetangga, Suharno tidak mempedulikannya sambil berkata ia adalah untuk kebaikkan dan keselamatan keluarga.
"Biasanya ada yang menyokong dan mengutuk, namun saya tidak ambil kisah dan hanya berusaha untuk menjaga diri," katanya seperti dilaporkan portal berita Tribunnews.com.
Beliau bertindak sedemikian juga kerana beberapa minggu lalu seorang jirannya meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Selain memagar rumah dengan zink, Suharno juga telah memasang CCTV di luar rumah bagi memantau pergerakan orang disekelilingnya. Malah, beliau dan keluarga juga tidak akan keluar dari rumah dan hanya bergantung kepada penjual barangan harian yang berniaga di kampungnya.
"Di sini, ramai peniaga datang menjual barang dan saya bergantung kepada mereka kerana tidak mahu keluar dari rumah.
"Selain itu saya meminta anak untuk memesan barangan menggunakan perkhidmatan jualan atas talian," katanya.
Sumber: Tribunews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.