Seorang penjawat awam di daerah Zhejiang, China mengadu tidak suka tinggal dipenjara kerana pakaian banduan yang tidak cantik serta penjara tidak mempunyai pengering rambut.
Wanita berusia 40 tahun dikenali sebagai Bao Qiong Qiong telah ditahan atas tuduhan rasuah dalam bentuk wang tunai dan barang kemas bernilai lebih tiga juta yuan (kira-kira RM1.77 juta).
Menurut China Press, ketika mahkamah menjatuhkan hukuman, beliau mengadu tidak mahu ke penjara atas alasan pakaian banduan yang tidak cantik serta penjara tidak menyediakan pengering rambut.
Beliau bagaimanapun menyesal kerana mengambil rasuah andai tahu akan menerima hukuman sedemikian.
Sumber: China Press.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.