Seorang isteri didakwa bertindak melarikan diri dari rumah dan mengikut teman lelaki gara-gara suaminya tidak mampu menyediakan telur untuknya.
Kejadian yang berlaku di Gorakhpur ini telah disahkan oleh polis tempatan selepas suaminya membuat satu laporan.
Sabtu lalu, wanita terbabit dilaporkan bergaduh dengan si suami gara-gara telur, menyebabkan beliau lari meninggalkan rumah. Wanita itu disyaki tinggal bersama kekasih gelapnya.
Suami wanita berkenaan yang hanya bekerja sebagai buruh tidak mampu menyediakan telur dengan berbekalkan gaji harianya yang sedikit.
Sumber: Keralakaumudi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.