Taj Mahal yang kita nampak dan sangka di dalam gambar
Taj Mahal adalah salah satu tarikan yang ada di India, malah seluruh pelancong dari serata dunia pasti tak melepaskan peluang menjejakkan kaki ke Taj Mahal di Agra, India.
Namun, binaannya yang cantik dan marmar yang putih sudah bertukar menjadi kekuningan dan lebih teruk lagi bertukar ke warna kehijauan. Ini semua gara-gara pencemaran yang menyelubungi bandar kelapan paling tercemar di India itu.
Lokasi Taj Mahal terletak hampir dengan sungai yang dipenuhi sampah sarap. Selain diselaputi debu dan jerebu dari pembakaran terbuka di Agra.
Apa yang membuatkan marmar Taj Mahal lebih teruk adalah, air sungai yang busuk dan dipenuhi najis mengalir ke perimeter Taj Mahal hingga memberi kesan pada marmar di situ.
Realitinya seperti ini
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.