Kerosakkan teruk yang berlaku di sebuah hotel di Sarawak yang juga dijadikan pusat kuarantin COVID-19 telah menarik perhatian ramai.
Sejak Jumaat lalu, tular di media sosial beberapa foto yang menunjukkan kerosakkan teruk yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Hasil pemeriksaan mendapati, ia dilakukan oleh seorang pelajar yang berusia 23 tahun.
“Saya baharu sahaja melihatnya di media sosial dan masih menunggu laporan siasatan penuh (daripada JPBN Sarawak) dan saya harap ia adalah kes terpencil kerana di Kuching sahaja kita telah mengkuarantinkan hampir 3,000 orang dengan menggunakan 2,000 buah bilik hotel,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Selain daripada melakukan kerosakan pada barangan dalam bilik, suspek juga telah mencetus kekacauan apabila bertindak membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel berkenaan.
Suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental, lapor Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.