Baru-baru ini, tular di media sosial apabila telefon bimbit milik seorang wanita dicuri di sebuah premis di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di laman media sosial, mangsa berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita mengambil telefon berkenaan dan meminta sesiapa yang mengenali wanita terbabit menghubunginya segera.
Mangsa, Nalissa Azmee memaklumkan dia amat memerlukan telefon berkenaan merayu kerana segala dokumen penting berkaitan perjalanan ibadah umrah pada hujung minggu ini tersimpan di dalam telefon itu.
“Saya cuma perlukan telefon kerana urusan umrah saya semua dalam phone. Tolong saya warga Ampang atau Melawati,” tulisnya di Twitter.
Situasi berlaku ketika mangsa sedang berada di kedia bakeri dan mula menyedari kehilangan telefon bimbitnya ketika di bahagian parkir pusat membeli belah dan cuba kembali ke kedai berkenaan tetapi tiada kelihatan telefonnya.
“Saya meminta staf kedai untuk melihat CCTV dan ternampak seorang wanita mengambil telefon saya. Saya telah menghubungi nombor telefon saya namun nombor tersebut telah disekat,” katanya menurut laporan polis.
Hasil siasatan mendapati suspek berjaya dikesan menggunakan telefon bimbit Nalissa dan diberkas pada jam 3.30 pagi.
Mangsa juga berkongsi di IG Storynya, suspek mengaku mencuri telefon berkenaan dan mempunyai niat untuk menjualnya tetapi terus memohon maaf atas kejadian tersebut.
Nalissa selaku mangsa bersyukur dan berterima kasih kepada semua warganet dan pihak berkuasa yang membantu untuk mendapatkan semula telefonnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.