Seorang peminat cilik kelab bola sepak Manchester United telah menghantar satu surat rayuan kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, untuk meminta kelab itu agar tidak lagi menang dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Daragh Curley, 10, dari Donegal telah menulis surat itu kepada pengendali Reds bagi tujuan tugasan sekolahnya.
“Liverpool memenangi terlalu banyak perlawanan. Jika anda memenangi sembilan lagi perlawanan, maka anda mempunyai ‘larian’ yang tidak akan dapat dikalahkan dalam bola sepak Inggeris. Menjadi seorang peminat United sangat menyedihkan.
“Jadi apabila Liverpool bermain lagi selepas ini, tolong buatkan mereka kalah. Awak patut benarkan kelab lain untuk jaringkan gol dalam perlawanan nanti. Saya harap saya telah meyakinkan anda untuk tidak memenangi liga tersebut atau perlawanan lain lagi selepas ini", kata Daragh dalam surat tersebut.
Tanda diduga, Klopp telah membalas surat tersebut sambil memuji semangat Daragh, namun menjelaskan Liverpool tidak akan mensia-siakan mata perlawanan bagi pihak lawannya.
“Malangnya, di kesempatan ini, saya tidak dapat menunaikan permintaan anda, bukan melalui pilihan.
“Sebagaimana anda menginginkan kekalahan berpihak kepada Liverpool, ia adalah tugas saya untuk melakukan segalanya bagi membantu kelab itu untuk menang kerana jutaan orang di seluruh dunia yang mahukannya berlaku, jadi saya tidak mahu mengecewakan mereka.
“Dulu, kami telah pun kalah dan kami akan kalah lagi dalam perlawanan akan datang kerana ia merupakan bola sepak,", kata Kloop dalam satu surat yang kini tular dilaman sosial.
Kloop juga menambah, Manchester United sangat bertuah memiliki peminat seperti Daragh yang begitu sayang akan kelab bola sepaknya.
Sumber: BBC
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.