Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor. Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu. Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Lukisan itu dilihat mempunyai makna tersirat yang menggambarkan situasi di dalam Dewan Rakyat Malaysia. Lukisan ini mencuri tumpuan apabila terdapat karakter orang hutan, monyet, babun serta katak yang berada di kedudukan kiri dan kanan Dewan Rakyat. Malah setiap karakter mempunyai emosi tersendiri seperti ketawa, menjerit, dan lesu.
Sumber Astro Awani/ Selangor Royal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.