Seorang lelaki berang dengan perangai isterinya yang malas mandi dan nekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu.
Berasal dari Uttar Pradesh, India, lelaki tersebut mengakui sering bertengkar dengan isterinya apabila meminta wanita itu untuk mandi.
Lelaki yang berang dengan tabiat isterinya itu mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga biarpun sudah mempunyai seorang anak.
Menurut seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India, pasangan berkenaan merujuk nasihat daripada pihaknya mengenai masalah yang dihadapi mereka.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” katanya.
Namun, wanita berkenaan tidak mahu diceraikan dan mahu terus bersama suaminya setelah mengetahui sebab suaminya ingin bercerai dengannya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” ujar kaunselor lagi.
Pihak kaunselor komited untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dan cuba memujuk lelaki berkenaan agar kembali kepada isterinya dan tidak menceraikan wanita itu.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.