Seekor burung kakaktua peliharaan di Kuwait bongkar rahsia apabila majikan wanitanya terkejut haiwan tersebut ‘mendedahkan’ hubungan sulit suami wanita berkenaan dengan pembantu rumah mereka.
Kejadian berlaku pada tahun 2016 terjadi ketika burung pembongkar rahsia itu sering berkicau dan berkata pelbagai ayat manis yang tidak pernah diucapkan oleh suaminya kepada dirinya.
Selepas diselidik, ungkapan yang dikatakan burung kakaktua itu adalah percakapan suaminya kepada pembantu rumahnya yang juga kekasih gelap suaminya.
Wanita berasal dari Hawalli itu bertindak membuat laporang polis terhadap suaminya dengan menggunakan burung kakaktua itu sebagai bukti.
Lebih menguatkan bukti apabila suaminya sering bergugup apabila mendapati dirinya pulang awal bekerja.
Malah, kejadian ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ada juga pasangan lain yang mendapati pasangan mereka curang dengan menggunakan burung kakaktua peliharaan mereka.
Sumber: [1] [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.