Seorang lelaki bertindak untuk menggali semula kubur isterinya yang telah meninggal dunia selepas terlupa melepaskan ikatan kepala mayat ketika dikebumikan minggu lalu.
Kejadian itu diminta sendiri suami mendiang sendiri yang mendakwa dirinya sering diganggu isterinya di dalam mimpi yang meminta ikatan kepala dileraikan.
Mendiang berkenaan difahamkan seorang penjual makanan di Bogor, Jawa Barat dan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut Ketua Hubungan Masyarakat Desa Bulusan, Kecamatan Karangdowo, Heri Purwoko, beliau mengesahkan kejadian itu dan memberitahu ketika proses pengebumian terdahulu, anggota pengebumian tidak membuka keranda yang tiba dari hospital.
“Ya, benar. Memang ada kubur salah seorang penduduk di sini digali semula kerana ikatan pocong atau ikatan di kepala lupa dileraikan.
“Namun proses ini tidak melibatkan petugas kesihatan kerana mangsa meninggal akibat serangan jantung dan bukan Covid-19,” katanya.
Tambahnya, proses tersebut dilakukan atas permintaan lelaki tersebut dan mayat kembali dikebumikan sebaik sahaja ikatan kepala dileraikan.
Sumber: Detik News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.