Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Khas Buat Pelanggan Astro! Strim Kandungan Bertaraf Dunia Di Disney+ Hotstar

Pelanggan ‘Movies Pack’ Astro akan dapat strim Disney+ Hotstar.
Muhammad Izwan Zainal
04 May 2021, 01:18 PM

Astro dilantik The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2021. 

khas buat pelanggan astro! strim kandungan bertaraf dunia di disney+ hotstar

Lebih 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan boleh diakses untuk strim khas buat pelanggan Astro melalui aplikasi Disney+ Hotstar.

Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang disambungkan, pada tahun ini kelak dan sentiasa memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan Astro.

Menurut Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, beliau gembira dengan pelantikan sebagai pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan menyediakan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform Astro. 

“Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle' nilai menarik yang lain. 

“Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai dan kemudahan,” katanya.

khas buat pelanggan astro! strim kandungan bertaraf dunia di disney+ hotstar

Malah, David Shin, Pengurus Besar, The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan juga berharap kerjasama rapat dengan Astro ini akan lebih memberikan pengalaman yang terbaik. 

“Dari kandungan klasik Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua peringkat umur,” ujarnya.

Destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia, Disney+ Hotstar menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Platform ini juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2. 

Platform ini turut tersedia pada peranti bersambung internet yang serasi untuk alami pelbagai kandungan eksklusif seluruh dunia.

Tidak ketinggalan, Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Pelanggan boleh mula mendaftar mulai 4 Mei untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui WhatsApp +603-95433838, Saluran 200, astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}