Seorang ibu berusia 36 tahun diserang sakit jantung selepas cuba mengajar anaknya membuat kerja sekolah subjek Matematik.
Kejadian yang berlaku di Hubei, China ini telah menyebabkan wanita berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan.
Menurut laporan, wanita berkenaan dikatakan tertekan apabila anaknya berusia sembilan tahun sukar untuk memahami penyelesaian Matematik yang cuba diajarnya.
“Saya menjelaskan beberapa kali namun dia tidak memahaminya. Saya terlalu marah sebelum jantung berdegup kencang serta sukar bernafas,” katanya.
Beliau sedar sesuatu tidak kena dan segera menghubungi suaminya dan dibawa ke hospital.
Doktor yang merawat wanita berkenaan berkata, beliau bernasib baik kerana dibawa cepat ke hospital dan mungkin akan mengalami kegagalan jantung jika terlewat.
Sumber: Asia One
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.