Chelsea bakal menganjurkan majlis berbuka puasa di stadium utamanya, Stamford Bridge pada 26 Mac ini sempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Semua komuniti Islam termasuk pelajar sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan acara bersama kakitangan Chelsea FC.
Simon Taylor yang merupakan Ketua Yayasan Chelsea sangat teruja untuk menerima kehadiran orang ramai. Acara itu " dilaksanakan dengan kerjasama "Ramadan Tent Project," sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.