Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 telah berakhir semalam dengan keputusan seri 2-2.
Keadaan dalam Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) nyata meriah dengan kehadiran para peminat dari serata negeri dengan jumlah kehadiran yang diumumkan pihak stadium adalah lebih kurang 88,000 – melebihi kapasiti sepatutnya dalam lingkungan 87,000.
Dipetik dari Fox Sports, rata-rata peminat tidak percaya dengan pengumuman tersebut dan ada yang menjangkakan penonton yang hadir adalah seramai 100,000 orang!
Perlawanan timbal balik Malaysia menentang Vienam seterusnya pada hari Sabtu ini, 15 Disember, jam 8 malam.
Sumber: Fox Sports
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.