Qatar telah dilantik sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022. Kini mereka sedang dalam persiapan untuk menganjurkan sukan bertaraf dunia dengan menyediakan stadium yang terbaik.
Dikenali sebagai stadium Al-Wakrah, stadium ini boleh menempatkan sehingga 40,000 peminat didalam stadiumnya. Ia direka oleh artikek wanita dari British, Dame Zaha Hadid. Bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2016.
Rekaannya adalah berdasarkan bot tradisional Qatari dan menggunakan teknologi pengaliran udara yang canggih kerana ia boleh merendahkan suhu didalam stadium sehingga 25 darjah Celcius.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.