Pernahkah anda menonton rancangan kartun Spongebob Squarepant?
Rancangan kartun ini sebenarnya telah dianggap melanggar kod etika dan dilabel sebagai ganas di negara Indonesia.
Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) telah mengeluarkan surat amaran kepada stesen televisyen tempatan, GTV pada 5 September lalu kerana didapati menyiarkan rancangan The SpongeBob SquarePants Movie, seperti dilaporkan dalam The Jakarta Post kelmarin.
Rancangan tersebut dikatakan mengandungi aksi ganas seperti memukul muka dengan kayu, menjatuhkan bola boling di atas kepala, melontar penukul ke muka dan membaling pasu kaktus menggunakan raket.
Namun, portal Kompas.com juga telah melaporkan bahawa Timbalan Ketua KPI, Mulyo Hadi Purnomo berkata, suruhanjaya itu hanya menghantar surat amaran.
“Menurut undang-undang, hanya surat amaran diberikan kerana ia merupakan kesalahan kali pertama,” katanya.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.