Khabar buruk buat penggemar Spider-Man. Filem superhero Spider-Man dilaporkan keluar dari Marvel Cinematic Universe (MCU).
Hal ini berikutan Sony Pictures yang selama ini memiliki hak cipta bagi Spider-Man telah berpisah dengan MCU, dan menyebabkan Kevin Feige tidak lagi terlibat dalam pembuatan filem ini pada masa akan datang.
Perpisahan ini dilaporkan berkait rapat dengan perjanjian bersama antara Sony dan Marvel Studio milik Disney. Disney yang meminta perjanjian 50-50 telah ditolak oleh Sony, menyebabkan perjanjian mereka bersama terbatal.
Dengan ini, pelakon watak Spider-Man, Tom Holland tidak lagi melakonkan watak sebagai Peter Parker. Malah, peminat juga tidak lagi boleh melihat Spider-Man dalam siri Avengers atau mana-mana filem Marvel selepas ini.
Menjengah ke ruang Twitter, hashtag #SaveSpiderMan kini menjadi trending seluruh dunia dan rata-rata peminat bersedih dengan pengumuman ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.