Seekor burung yang separuh badannya adalah jantan manakala separuh lagi adalah betina telah ditemui.
Menurut pengurus Pusat Pemuliharaan Powdermill Nature di Muzium Sejarah Alam Carnegie, Annie Lindsay berkata, kali terakhir spesis berkenaan ditemui adalah 15 tahun lalu.
Dikenali sebagai Grosbeak, penemuan ini adalah kali kelima sepertinya ditemui daripada spesis yang sama.
"Kami semua sangat teruja. Tentunya ada minat ke arah kajian saintifik tetapi apa yang lebih penting, ia satu anugerah untuk menemui spesis yang sukar ditemui," katanya kepada CNN.
Burung jantan dan betina Grosbeak dapat dibezakan melalui warna bulunya, dimana jantan mempunyai wing pits berwarna merah jambu, manakala betina berwarna coklat kekuningan.
Namun bagi spesis rare ini, ia mempunyai variasi genetik campuran jantan dan betina, yang juga dikenali sebagai gynandromorphism.
Bagaimanapun, saintis belum dapat mengenal pasti bagaimana spesis ini memainkan peranan dalam spesis burung tersebut.
"Mungkin tidak ada sebarang kelebihan. Tetapi ia mungkin akan mempengaruhi kemampuannya dalam berpasangan.
"Kami belum dapat mengesahkan jika bahagian betina burung itu mempunyai ovari yang berfungsi. Jika benar, ia mungkin dapat dibiakkan."
Sumber: National Geographic
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.