Malaysia pada Sabtu lalu mencatatkan kemenangan 3-0 keatas pasukan Myanmar untuk mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Jurulatih Myanmar, Antoine Hey menjelaskan, sokongan padu penyokong Harimau Malaya yang memenuhi segenap ruang stadium mempengaruhi persembahan anak buahnya.
"Tahniah dan selamat berjaya buat Malaysia yang mara ke separuh akhir. Ini aksi terbaik kami dan kami juga mendapat beberapa peluang untuk mencipta jaringan menerusi serangan balas.
"Namun kami dibolosi dengan jaringan Malaysia dan selepas itu kami juga cuba bangkit terutama di separuh masa kedua,
"Kami dibarisi pemain muda dan mereka sudah melakukan yang terbaik. Tapi dengan atmosfera penyokong yang begitu ramai sedikit sebanyak mengganggu persembahan kami,” katanya.
Malaysia akan bertemu pasukan Thailand selaku juara kumpulan B pada hari Sabtu ini, 1 Disember 2018.
Sumber: BH
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.