Negara China kini dilaporkan telah memasang alat pengesan wajah jika seseorang itu melintas jalan tanpa mengikut arahan pada lampu isyarat.
Bukan itu sahaja, nama dan segala maklumat peribadi anda akan ditayangkan pada skrin gergasi sekiranya anda ingkar kepada undang-undang jalan raya.
Skrin memaparkan empat bahagian itu video, foto kesalahan, foto pesalah dan juga maklumat peribadi, termasuk kad pengenalan diri.
Teknologi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Matthew Brennan ketika beliau berkunjung ke China sebelum ini.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.