Sejak daripada sekolah rendah, sehingga masuk alam universiti, peperiksaan digunakan sebagai penentu untuk melihat prestasi belajar seseorang. Dengan erti kata lain, wujud persaingan antara pelajar disekolah. Siapa yang dapat keputusan baik selepas exam, maka dialah yang terbaik.
Namun di Singapura, seperti yang dilaporkan dalam World Economic Forum, negara ini nekad untuk menghapuskan peperiksaan kepada pelajarnya di tahun satu dan tahun dua, bermula 2019. Sebagai penggantinya, mereka akan lebih berbincang dan mengadakan kuiz.
Dengan cara ini, pelajar akan belajar dalam lingkungan yang tidak lagi kompetitif. Malah menurut Menteri Pendidikan Singapura, Ong Ye Kung, belajar bukanlah satu persaingan. Dengan pemikiran ini, Singapura akan mengarahkan sistem pembelajaran pada model pengembangan minat, tanpa harus membandingkan mana pelajar yang berprestasi dan mana yang tidak.
Sumber: Today Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.