Ekoran daripada penularan koronavirus (COVID-19), semua masjid di Singapura telah diarahkan tutup selama lima hari, bertujuan bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan.
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), penutupan sementara ini adalah berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura disahkan positif COVID-19.
Dua warga tabligh itu adalah antara 90 warga Singapura yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Berikutan itu, solat Jumaat hari ini di 70 masjid dalam republik itu juga akan dibatalkan, selain semua aktiviti ceramah, kelas keagamaan dan juga kuliah akan ditunda selama dua minggu sehingga 27 Mac.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.