Final pertama AFF Suzuki Cup 2018 malam semalam dicemari dengan insiden pemain Malaysia, Zaquan Adha yang ditumbuk pemain Vietnam, Do Duy Manh pada minit ke-10.
Berdasarkan rakaman yang dimuatnaik oleh Fox, ketelusan pengadil perlawanan yang tidak mengambil tindakan terhadap pemain Vietnam itu telah mengundang marah ramai orang, termasuk kembarnya, Aidil Zafuan dari bangku simpanan.
Zaquan yang nyata berang dengan tindakan pengadil perlawanan ditenangkan oleh jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe di tepi padang. Rata-rata peminat memuji tindakan Cheng Hoe yang bijak mengawal emosi anak buahnya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.