Selepas D Nagaenthran, seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan akan menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara Singapura.
Memetik laporan Harian Metro, hukuman tersebut akan dijalani K Datchinamurthy atas kesalahan dadah.
Jadual pelaksanaan hukuman ke atasnya dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 April lalu.
Dilaporkan, pemuda tersebut menunggu tarikh hukuman tersebut sejak 2015 di Penjara Changi.
Datchinamurthy ditahan dan didakwa atas pertuduhan mengedar 44.9 gram diamorphine dan dadah yang diperbuat daripada heroin.
Seorang wanita Singapura juga terbabit dan ditahan bersamanya pada 18 November 2011.
Namun, wanita terbabit dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Singapura.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.